
|
PULAU TIOMAN-3H2M-Days 2
Monday, April 2, 2018 • 2.4.18 • 0 COMMENT ![]()
Hollaaaaaaaa
semua! Ok hari ni hari kedua kami di Pulau Tioman. Pagi2 ni gigih bangun awal
disebabkan excited punya pasal for Coral Island & snorkeling. Tapi bangun2
je hujan turun. Alamakkk hilang semangat serta merta. Boat kami should be pukul
9 until 3 petang tp disebab cuaca tak mengizinkan, kami kena postpone ke pukul
11 until 4 petang itu pon kalau cuaca dah elok. But don’t worry cause the
schedule for coral island & snorkeling ada pagi & petang. Jadi
disebabkan kami mahu pagi so tunggu je la. Hope2 dapat.
After breakfast, Alhamdulillah cuaca semakin
baik. Pukul 11 kami starting our journey to Coral Island. Oh yeyyyyy! Excited
sgt even tak pernah menyelam sebelum ni. Hihi, pagi tu kami terus gerak ke
tempat untuk naik boat. Alhamdulillah selesa sgt sbb kami ambil private boat so
just kami je la atas tu. Best! tak perlu mix dengan orang lain. Tp kalau ramai2
untung la ambil private ni can share.
Oh
yee, for Round Island & snorkeling ni kami guna package. Kalau tak ambil
cam mana ko nak pg menyelam & round pulau ya dak. Kami semua decide untuk
ambil package trip C – Mukut Waterfall +
Mask + Life Jacket + Mineral Water dengan transportation by chartered
Boat(Private) for 7/8 pax RM700. Jadi
sorg kami kena pay RM100 dis 10% sebabnya mula2 kami dtg tu ada problem pasal
bilik so we got dis then we need to pay RM90/pax. Lebar la senyum kami. Haha!
For
more info can refer below picture I enclosed.
Seriously
kami tak boleh nak menggambarkan betapa indahnya ciptaan Allah. Air laut nya yg
kebiru-biruan, kehijau-hijauan. Tak lekang mata kami dari melihat keindahan
alam semula jadi. Pulau Tioman salah satu destinasi pulau tercantik di Asia
yee. Boat masa tu pon laju ya amat terbang2 kami dibuat nya dengan mabuk2 iolls
terbang. Haha! First naik kami dibawa pusing2 pulau dulu kenal nama2 kampung yg
ada di keliling Pulau tapi tak semua sbb hanya ikut nama tempat yg dah di list
kan dalam package tu.
Selesai
round Pulau, first checkpoint kami is KG Asah iaitu Mukut Waterfall. Haa dekat
sini memang sikit mencabar. Uolls kena track naik atas dalam setengah jam baru
nampak waterfall. Tapi don’t worry ada jalan yg memang dah disediakannya tapi
nak sampai tu basah jugak la baju kan berpeluh. Dah sampai tu cepat2 depa yg
laki pi terjun, tak sabor nampaknya tu. Untuk percubaan pertama iolls rendam
kaki jeee dlu. Haha! sejukk betul air nya.
*diingatkan, dalam hutan mulut jgn
cabul yeee. Tak elok then hati2 dekat situ ada ulat bulu. Besor jugak. Mie dah
terkena nasib merayap dekat seluar kalau kena kulit tu rasanya dah merenyam
gatal satu badan. Melompat aq jauh2 lepas dibuang oleh abg2 sado. Huhu! Malu
jee. >.<
Tak
lama pon kami at situ, sbb pelancong makin ramai. Jadi kami patah balik pergi
at boat untuk teruskan tour kami yg kedua. Waktu tu cuaca agk terik yeee so
pasti kan pakai sunblock for your skin protection. Seeloknya SPF50++ for long
hour. Checkpoint kami kedua is Snorkeling at KG Semebal. Yeyyyyy! Seriously
super duper cantik air laut nya. Depa yg laki awal2 sampai dah terjun dulu ke
laut, iolls yg atas boat ni ambil msa kot nak terjun. Takutttt, >.< nasib
baik laa pakcik driver tu tlg ajarkan cara2 nak turun & pakai mask dengan
betul. Siap bg safety buoy lagi for me sbb iolls takut hanyut macam abg2 sado
yg nun jauh ke tengah laut dah. Huhu, tp don’t worry k, walau hanyut pon pkck
tu cakap “jgn panic, stay je situ nanti pakcik pergi ambil kamu dengan boat”
adoii best nya dapat driver boat yg super sporting. Boleh layan kerenah kami
lak tu. dah turun tu serius weii xmoh naik. Cantik dapat snorkeling tgk hidupan
laut. *pic tak dapat nak ambik sebab tgn dua2 belah pegang safety buoy L
takuttt dibawa ombak yg lalu. Huhu, lama juga kami snorkeling dekat situ. Nasib
pkck tu memahami :D
Selepas
2 jam berlalu, kami dibawa ke checkpoint seterusnya iaitu ke KG Genting. Sini kami
singgah untuk makan tengah hari. Kedai makan nya boleh tahan, berbaloi dengan
harga. Quite expensive than city but to me ok laaa. RM10 for nasi ayam air tea tarik RM4. Dekat sini juga banyak kedai sourvenir then lagi murah dari Kg Tekek
at Duty Free shop ye. Kalau nak beli for kenang-kenangan tu boleh sgt. Dpt
discount lg tp kena buat muka comel la dulu ye. Kihkih,
Memandangkan
cuaca tak elok, hujan mula turun. Kami terpaksa percepatkan masa untuk ke
checkpoint seterusnya. Sebab bimbang ombak makin kuat. Kami teruskan dengan
snorkeling di KG Renggis. Dekat sini dapat snorkeling sekejap je, abg2 sado yg
pandai menyelam pon tak dapat nak terus kan. Masing2 kecundang jugak disebabkan
ombak yg kuat. dekat sini bape kali iolls lemas kena hentam dengan ombak. Alhamdulillah
ada abg2 sado tolong. Kata pakcik tu kalau dapat snorkeling dekat sini lg best
sbb air super jernih & banyak ikan boleh tgk. Tp xde rezeki kami. L
Last checkpoint should be kami snorkeling lg tapi depa semua dah x larat. Iolss pon dah banyak kali tertelan air laut. Ya Allah masin nyaaa. Melekat kat tekak. Last2 we decide to go back to chalet. Masing2 da down habis, sampai terbaring2 depa tu semua sbb kena hentam dengan ombak td.
Petang
tu lps aktiviti snorkeling masing2 rehat di bilik. Penat buat lawan dengan air.
Huhu, malam tu baru depa keluar mkn tp iolls stay at chalet je due kepala
pening. Xlarat mau jalan.
I is
recommend to uolls who want to make experience for snorkeling, must to try ok. Rugi
kalau tak cuba. Kehidupan laut is sangat2 indah. Tak pandai renang takpa, ada
org guide. For Peladang coral island & snorkeling service I give 8/10. Terbaikkkk,
|
The Princess~
Welcome ~,~ Hello Peeps, my name is Nurul Syamimi just call me mimie & i`m 26 years old now. I love TRAVEL & love FOOD. Enjoy reading my Blog & Don`t forget to follow me ! TYVM ! much Love ♥♥♥ ♥ Coklat Hearty ♥
![]() Celoteh Sini
not to be shy..just mention it Shoutbox: Free shoutbox for website or blog
Shoutbox Tutorials: How to get a shoutbox Guestbook: Get a free guestbook for your website YouTuber Jessica Clements: Ngai Chun Cheung about his crush on Jessica Clements Model Jessica Clements: Ngai Chun Cheung is reasoning Jessica Clements Jessica Clements: Ngai Chun Cheung is dissecting his obsession with Jessica Clements Thousand Origami Cranes: Leaving a trail of thousand origami cranes by Ngai Chun Cheung Hong Kong Origami: Origami Cranes in Hong Kong by Ngai Chun Cheung Ngai Chun Cheung let`s see
WishList ♥
Créditors
Maybe u know ![]() Template Basecode : Najmi Supian Linkies code : Mary Loveless |